Mahadzir: Projek Empangan Bukan Punca Bencana Di Kelantan.

KUALA LUMPUR – Projek empangan bukan punca bencana banjir besar yang melanda Kelantan jelas Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KTTHA), Datuk Seri Mahadzir Khalid seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata projek yang melibatkan dua empangan itu terletak di daerah hulu Terengganu, iaitu di kawasan hutan simpan Tembat dan di bahagian hilir Tasik Kenyir.

Datuk-Seri-Mahdzir-Khalid2

Beliau yang melawat kawasan banjir di Temerloh memberitahu pihak media, “Projek tersebut melibatkan pembinaan dua empangan merentasi Sungai Terengganu iaitu Empangan Puah dan Empangan Tembat di Sungai Tembat yang mengalir ke Tasik Kenyir.”

“Adalah mustahil untuk air pelepasan dari dua empangan itu untuk merentasi banjaran gunung dan memasuki Kelantan dakwa Mahadzir. Kawasan tadahan hujan untuk projek itu dipisahkan dari Kelantan oleh banjaran gunung, justeru mustahil untuk air dari sungai tersebut merentasi banjaran itu. Sebaliknya segala aliran air mengalir kearah kedua-dua sungai tersebut sebelum akhirnya menjadi Tasik Puah dan Tasik Tembat apabila projek tersebut siap sepenuhnya.

Beliau menambah pembinaan Empangan Puah siap dan penakungan tasik bermula pada 1 Oktober tahun lepas manakala Empangan Tembat dalam proses pembinaan dan penakungan Tasik Tembat akan bermula Jun tahun ini dan dijangka siap April 2016.

“Tiada pelepasan dari Tasik Puah dan mustahil dilaksanakan memandangkan paras air di Tasik Puah setakat 1 Januari lepas masih di bawah paras pelepasan melalui pintu limpahan empangan,” katanya.

banjir-kelantan

Sebelum ini terdapat pihak-pihak yang tidak bertangunggjawab mendakwa bahawa ‘Projek Kenyir 2’ tersebut adalah punca bencana besar banjir yang menimpa Kelantan Selatan. Maklumat-maklumat palsu tersebut disebarkan menerusi WhatsApp dan juga Facebook. Tujuan penyebaran maklumat palsu ini adalah untuk menutup kegiatan pembalakan yang tidak terkawal di hulu Kelantan yang menjadi punca utama bencana yang menimpa penduduk Kelantan.

Lebih seratus ribu penduduk Kelantan terpaksa dipindahkan akibat bencana tersebut. Ia juga mengakibatkan ada antara mereka kehilangan tempat tinggal mereka buat selama-lamanya. Menteri Besar Kelantan bagaimanapun menafikan kegiatan pembalakan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri menjadi punca kepada tragedy ini. Umum mengetahui, aktiviti pembalakan merupakan sumber penting kepada Kerajaan Negeri dan juga parti PAS Kelantan.