Najib Bincang Banjir Dengan Rakan Sejawat Di Thailand

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan bertemu dengan pemimpin Thailand Jen Prayuth Chan-ocha di Bangkok semalam untuk berbincang tentang perkara berkaitan banjir, demikian dilaporkan oleh Bernama.

Semakan melalui laman Facebook Perdana Menteri menemui catatan beliau berkata menyampaikan ucapan terima kasih kepada rakan sejawatannya itu atas sumbangan yang dihulurkan bagi membantu mangsa banjir di Malaysia.

Katanya mereka juga bertukar-tukar pandangan tentang langkah pemulihan dan pengalaman Thailand dalam menghadapi banjir.

Sebelum ini Najib memendekkan cuti akhir tahunnya untuk memantau sendiri keadaan banjir di Semenanjung Malaysia. Beliau turut melawat Negeri Kelantan selama tiga hari termasuk pada hari tahun baru.

Keadaan banjir di Malaysia kini secara umumnya bertambah baik, dengan jumlah mangsa yang dipindahkan menurun kepada lebih kurang 61,000 orang tengah hari ini berbanding 200,000 ketika bencana itu memuncak baru-baru ini.