TNB Nafi Tuduhan Kenyir 2

Empangan Kenyir Empangan Kenyir

KUALA LUMPUR – Pihak Tenaga Nasional hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan segala tuduhan liar yang mendakwa Empangan Kenyir 2 yang menjadi punca utama banjir di Kelantan.

Terdahulu sebelum itu, teori-teori yang telah diviralkan di Facebook dan media sosial mengenai empangan Kenyir 2 di kawasan Hutan Simpan Tembat , Hulu Terengganu. Teori tersebut bukan sahaja menjadi buah mulut segelintir penduduk kampung di kawasan terjejas malah ia juga telah diperkatakan oleh Adun Salor, Datuk Husam Musa di laman Facebooknya 31 Disember lalu.

Beliau antara lain membangkitkan persoalan adakah TNB penyumbang terbesar banjir di Kelantan kali ini. Malah membayangkan akan menggunakan khidmat pengimejan satelit dari China untuk melihat punca sebenar.

Menurut pihak Tenaga Nasional Berhad Kawasan tadahan untuk projek Hidroelekterik Hulu Terengganu itu dipisahkan oleh banjaran gunung antara kedua-dua negeri, Kelantan dan Terengganu.

Segala aliran air dari permukaan akan mengalir kearah Sungai Terengganu dan Sungai Tembat, maka ia tiada kena mengena langsung dengan cerita bahawa air dari empangan ini menjadi punca sebenar banjir, malah air limpahan dari kawasan itu mustahil untuk mendaki banjaran yang tinggi.

Manakala, Kerajaan Negeri Kelantan sehingga hari ini pula dilihat terlalu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan mengenai punca banjir ini, malah Menteri Besar , Datuk Ahmad Yaakob sebelum ini membayangkan ianya berpunca dari penerokaan haram yang berleluasa. -RW.