Mangsa Banjir: Budu Dengan Nasi, Bukan Mee Segera

KUALA KRAI – Budu lebih bermakna daripada biskut atau mee segera, demikian menurut YB Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang berkongsi pengalaman menghantar bekalan bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di Kuala Krai.

Dr Asyaf adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan telah terlibat secara langsung bersama pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan mengembeleng usaha menyelamat dan menyampaikan bantuan sejak dari awal bencana melanda sebahagian besar Negeri Kelantan.

Ni baru jolo! Ambo sekok perut make maggi…” Dr Asyraf menceritakan keluhan seorang mangsa bila melihat bekalan lebih 5,000 budu cap Ketereh yang dihantar ke beberapa kampong dalam daerah Guchil dan Mengkebang.

Tokleh gi doh. Nok keno make nasi dengan budu baru jeliro dan sedap sengoti”, tambah Dr Asyraf yang berkongsi apa yang dikatakan oleh penduduk disitu kepada mereka menerusi WhatsApp kepada Sokmo.Net.

10518681_1002785766418137_3503310333225588683_n_0

Walaupun insiden ini Nampak ringan dan mencuit hati, tetapi ia sebenarnya menggambarkan kesengsaraan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa akibat bencana banjir besar ini. Bencana ini telah memisahkan mereka dengan keselesaan kehidupan harian mereka dan reality baru ini akan terpaksa mereka tempuh untuk jangkamasa yang panjang.

Pelbagai usaha sedang dilakukan oleh pihak Kerajaan Persekutuan untuk menyediakan penempatan sementara dan di waktu yang sama perancangan jangka panjang sedang dilakar.

Pihak berkuasa sendiri berdepan dengan banyak cabaran apabila banjir ini mengakibatkan terputusnya komunikasi sama ada telefon mahupun jalan-jalan darat dengan banyak daerah. Satu ketika beberapa daerah seperti Kuala Krai, Tanah Merah, Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat terputus terus hubungan.

Kuala Krai pula hanya boleh disampaikan bantuan melalui jalan udara dengan helikopter-helikopter tentera apabila bertukar menjadi sebuah pulau besar yang dilitupi air sehinggakan pada awal musibah, kawasan paling tinggi iaitu bangunan sekolah empat tingkat air turut dinaiki air dengan pantas sehingga ke tingkat tiga sekolah.

Ribuan pula terpaksa berkampung di lereng-lereng bukit kerana tiada lagi kawasan atau bangunan tinggi untuk mereka pergi untuk menyelamatkan diri.