PM Najib Dijangkiti E.Coli

KUALA LUMPUR – YAB Perdana Menteri dijangkiti E.Coli semasa melawat kawasan yang terjejas banjir, demikian kenyataan yang disebarkan oleh twitter rasmi Jabatan Perdana Menteri, kira-kira sejam yang lalu.

“PM ‪@NajibRazak terkena jangkitan E.Coli semasa lawat kwsn banjir. Doktor nasihat supaya berehat.Beliau akn kembali bertugas secepat mungkin,” adalah kenyataan penuh yang disebarkan oleh Malaysian PM Press Office @PMOMalaysia.

PMO

Najib sebelum ini bergegas pulang ke Malaysia pada 26 Disember lalu setelah memendekkan percutiannya di Amerika Syarikat untuk melawat kawasan-kawasan yang terjejas banjir di Semenanjung Malaysia.

E. coli merupakan singkatan dari Escherichia coli iaitu sekelompok bakteria yang biasanya ditemui dalam makanan dan air. Kebanyakan dari bakteria ini tidak berbahaya, tetapi beberapa jenis dapat menyebabkan penyakit.

Gejala dari jangkitan E.Coli biasanya ialah cirit birit, muntah-muntah dan demam.