Ramzi: Moga Keberkatan Mengiringi Misi Menyelamat

KUALA KRAI – Semoga Allah permudahkan segala urusan dan dianugerahkan keberkatan dalam misi menyelamat, pohon Dato’ Ramzi Ab Rahman, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Dabong merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, kepimpinan UMNO seluruh Malaysia, jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanun, ahli-ahli korporat, orang-orang perseorangan dan kepada semua yang terlibat menjayakan misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa bencana banjir di Bahagian Kuala Krai. Demikian kenyataan beliau yang disiarkan dalam laman Facebook rasminya.

10850228_762540640468188_7335586904903739710_n

Ramzi hari ini menaiki perahu dari Kg. Gris untuk ke Dabong dan Jelawang bagi meninjau perkembangan misi kemanusiaan terkini. Kuala Krai dan Gua Musang adalah daerah paling teruk dilanda bencana banjir, yang mengakibatkan kemusnahan besar kepada tempat tinggal penduduk.

Sepanjang bencana menimpa daerah itu, Ramzi bersama kepimpinan UMNO Kuala Krai telah bekerja keras untuk memastikan segala keselamatan dan segala keperluan mangsa banjir disediakan dan sampai kepada yang memerlukan.

Kuala Krai turut diziarahi oleh YAB Perdana Menteri pada 31hb Disember lalu. Turut berkampung di Kuala Krai ialah Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Pusat, Datul Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Mengikut statistik portal ebanjir.kelantan.gov.my pada 5 Januari 2015, jumlah perpindahan terkini ialah seramai 9,639 orang mangsa dari 389 keluarga.