Cadangkan Potong Gaji PM, TPM Dan Menteri, Baru Potong Gaji Kakitangan Awam

KUALA LUMPUR ā€“ Bagi cadangan potong gaji Perdana Menteri, Timbalan dan menteri kabinet, barulah potong gaji pekerja-pekerja dalam perkhidmatan awam, demikian cadangan Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar (LPPB) PAS, Anuar Tahir.

Harakahdaily melapurkan, Anuar membuat kenyataan itu bagi menjawab cadangan CUEPACS agar setiap penjawat awam memotong gaji mereka untuk membantu mangsa banjir.

Hj Mohd Anuar Tahir 2

Anuar bagaimanapun mengalu-alukan pemotongan gaji pada kadar menasabah dikalangan mereka yang bergaji besar sebagai tanda solidariti kepada mangsa banjir.

Katanya, Cuepacs tidak boleh sewenang-wenangnya bertindak memotong gaji penjawat awam apatah lagi dalam keadaan ekonomi dan harga barang sekarang ini tidak menentu.

Sebelum ini Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda mencadangkan kepada kerajaan agar setiap penjawat awam menyumbang melalui potongan gaji bulanan untuk membantu mangsa di negeri yang dilanda banjir.

Katanya, cadangan itu akan dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam tempoh terdekat supaya penjawat awam boleh menyumbang pada kadar yang munasabah.

Cuepacs berharap potongan gaji itu dapat dilakukan pada bulan ini memandangkan kaedah itu adalah mekanisme terbaik dalam mengumpul dana bagi meringankan beban mangsa banjir.