TNB: Bekalan Letrik Di 5 Kawasan Pulih Sepenuhnya

KUALA LUMPUR – Bekalan tenaga elektrik telah pulih sepenuhnya di tiga kawasan di Kelantan dan dua kawasan di Pahang, demikian menurut kenyataan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang disiarkan oleh Bernama hari ini.

Di dalam kenyataan yang edarkan semalam, TNB memaklumkan kawasan-kawasan tersebut adalah Bachok, Pasir Puteh dan Tumpat di Kelantan, serta Kuantan dan Kuala Lipis di Pahang.

tnb_send_generator_fb_271214

Sejumlah 1,888 daripada 1,960 substesyen elektrik di Kelantan, dan 505 dari 584 substesyen di Pahang telah dibaiki, manakala 34 di Perak masih dalam proses pembaikian.

Menurut Abdul Aziz Abdul Majid, Pengurus Besar Kanan TNB (Operasi Wilayah 2), TNB telah mengerahkan hampir 2,000 kakitangan teknikalnya ke 4 negeri yang terjejas banjir semenjak 23 Disember 2014.

TNB distribution division senior general manager (operations region 2) Abdul Aziz Abdul Majid said in the statement that TNB mobilised almost 2,000 of their technical workers to the four affected states since December 23.

“Kakitangan kami sentiasa mengutamakan pelanggan walaupun ada diantara mereka sendiri turut terlibat dengan banjir,” tambahnya.