MB Terengganu Ketuai 500 Sukarelawan Ke Dabong

KOTA BHARU – MB Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman akan mengetuai 500 orang sukarelawan dari Negeri Terengganu berkampung di Dewan Undangan Negeri Dabong untuk membantu kawasan terjejas banjir, demikian menurut YB. Datuk Ramzi Ab Rahman.

Ramzi yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Dabong dan juga Ketua UMNO Kuala Krai memaklumkan kepada Sokmo.Net, sukarelawan ini dijangka tiba pada hari Jumaat, 9 Januari 2015 untuk membantu kerja-kerja membersih kawasan terbabit, termasuk Mahligai dan Kemubu.

Datuk Ahmad Razif Abdul Rahim, Menteri Besar Terengganu.
Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu.

DUN Dabong yang terletak di jajahan Kuala Krai adalah antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir. Menurut sumber rasmi dari Pejabat Exco Kerajaan Negeri, bencana banjir yang dikenali sebagi Bah Kuning ini mengakibatkan 1,890 buah rumah musnah di seluruh Kelantan dan 1,077 darinya adalah di dalam jajahan Kuala Krai.

Statistik laman sesawang eBanjir Negeri Kelantan pada hari ini menunjukkan masih terdapat 13,903 mangsa dari 1,541 keluarga yang mendiami pusat perpindahan di seluruh Negeri Kelantan.