Artis Tempatan Turut Serta Misi Bantuan Banjir

KUALA LUMPUR – Gabungan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) akan menggerakkan misi bantuan banjir di Kelantan pada 10hb dan 11hb Januari ini.

Presidennya Jurey Rosli, dalam kenyataan kepada Sokmo.Net berkata misi itu akan disertai oleh 30 orang sukarelawan yang turut disertai selebriti veteran dan masakini. Mereka akan menghulurkan kelengkapan sekolah kepada pelajar-pelajar, selain akan turut membantu membersihkan masjid atau sekolah yang terjejas akibat banjir.

Jurey Rosli, Presiden GAFIM.
Jurey Rosli, Presiden GAFIM.

Antara selebriti yang mengesahkan penyertaan ialah Yaya Maembong (gambar), Adrea Abdullah, Norish Karman dan Faizal Hussein serta pengarah veteran Yusof Kelana.

Misi Gafim ini akan diselenggarakan oleh Blogger dan Facebooker Yuseri Yussof.