Jangkaan Angin Kencang, Laut Bergelora Sehingga Ahad

KOTA BHARU – Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dijangka berterusan sehingga Ahad ini di kawasan perairan tujuh negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah dan Wilayah persekutuan.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, angin kencang Timur Laut berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencecah ketinggian sehingga 4.5 meter dalam tempoh tersebut.

Keadaan tersebut berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga esok (Sabtu, 10 Januari 2015).