Keputusan SPM Tetap 3 Mac – Muhyiddin

CYBERJAYA – keputusan SPM tetap akan diumumkan mengikut yang jadual iaitu pada 3 Mac depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada kerosakan dikesan berlaku pada kertas jawapan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ekoran banjir besar yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, tiada laporan mengatakan kertas jawapan SPM mengalami kerosakan.

“Mungkin berlaku kelewatan dari segi penandaan dan penyemakan tetapi keputusannya tetap akan diumumkan pada 3 Mac ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin melakukan lawatan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya di sini.