Pilihan Raya PBT: Guan Eng Kecam Hadi Sebagai Tidak Jujur

KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng hari ini mengecam Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak ‘jujur’ mengkritik langkah DAP mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Setiausaha Agung DAP itu berkata beliau sudah berunding dengan presiden PAS itu mengenainya, demikian lapor The Malaysian Insider.

Guan Eng berkata, beliau menghubungi kedua-dua Hadi dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebelum Pulau Pinang memulakan kempen “undi ketiga” dengan membawanya ke mahkamah.

“… saya fikir ia tidak jujur,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang yang terkejut dengan tindakan Hadi dan Mustafa.

DAP dan PAS, bersama-sama PKR bergabung dalam Pakatan Rakyat (PR).

Guan juga menafikan PAS sebelum ini menentang cadangan DAP itu.

Jumaat lalu, Hadi membangkitkan kemungkinan tragedi berdarah 13 Mei berulang kerana niat DAP mengembalikan pilihan raya PBT.