Kelantan Dalam Sejarah: Kerana Cina S’pura, Menteri Besar PAS Dan PM Bersumpah Di Masjid, Menjelang 13 Mei 1969

Datuk Mohamad Asri b. Muda (tengah), Menteri Besar Kelantan dari PAS sedang bersumpah di dalam Masjid Muhammadi Kota Bharu. Tengku Razaleigh Hamzah (kiri), Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Kelantan menjadi saksi dan wakil kepada Perdana Menteri. Ehsan National Library Board Singapore.

Pertelingkahan di antara PAS dan UMNO semakin menggelegak menjelang pilihan raya umum 1969. UMNO merupakan sebahagian daripada gabungan dalam PERIKATAN, meletak harapan mengambil alih pemerintahan Kelantan yang dikuasai PAS sejak 1959.

Kelantan Dalam Sejarah kali ini, mengimbau kembali persengketaan politik di antara dua parti politik orang Melayu itu menjelang pilihan raya umum 1969.

Persengketaan politik di antara PAS dan UMNO mencapai kemuncaknya dua minggu sebeluh pilihan raya umum Mei 1969.

Ia bermula dengan pendedahan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj bahawa kerajaan pusat telah mengusir beberapa orang lelaki cina dari Singapura yang didakwa campurtangan dalam pilihan raya di Malaysia.

Ehsan National Library Board Singapore.
Ehsan National Library Board Singapore.

Menurut laporan akhbar pada 1hb Mei 1969, Tunku selaku Perdana Menteri memberitahu kerajaan pusat mempunyai bukti ‘Cina S’pura’ itu telah menyeberang tambak Johor untuk menolong DAP dan memberi wang kepada parti PAS.

Tunku turut mendedahkan perjanjian sulit DAP menaja PAS bertanding kerusi-kerusi majoriti cina untuk memecahkan undi Melayu. Ini bagi membantu DAP menewaskan calon PERIKATAN.

PAS kononnya membawa agenda Islam dan Melayu, tetapi PAS ambil duit dari ‘Cina S’pura’, tuduh Tunku.

‘Usah percaya bila pemimpin PAS menangis di pentas bercakap pasal hak Melayu berkurangan, itu semua air mata buaya’, tegas Tunku lagi.

Ehsan National Library Board Singapore.
Ehsan National Library Board Singapore.

Pemangku Yang Dipertua PAS yang juga Menteri Besar Kelantan tidak tunggu lama untuk menyerang balas.

Pada hari yang sama, akhbar melaporkan Datuk Mohamad Asri b. Muda mencabar Tunku Abdul Rahman bersumpah dengan Al Quran bahawa anggota-anggota PERIKATAN sendiri tidak pernah menerima wang dari luar negara.

Ehsan National Library Board Singapore.
Ehsan National Library Board Singapore.

Asri juga menyifatkan peruntukan $548 juta yang dijanjikan oleh kerajaan persekutuan pimpinan PERIKATAN untuk Kelantan adalah satu perbuatan rasuah. Peruntukan itu menurut Asri hanyalah ‘bom asap’ – habis pilihan raya, ia pun lesap.

Tunku Abdul Rahman tidak berlengah, terus sahaja menyahut cabaran Menteri Besar PAS untuk bersumpah dengan Al Quran.

Ehsan National Library Board Singapore.
Ehsan National Library Board Singapore.

Ketika berkempen di Kuala Berang, Terengganu, Tunku turut menafikan dakwaan PERIKATAN menerima wang dari Agensi Perisikan Pusat (CIA) atau mana-mana pihak dari Amerika untuk belanja pilihan raya. Sebaliknya Tunku sekali lagi mengulangi tunduhannya bahawa PAS menerima wang dari ‘Cina S’pura’.

Tunku juga menuduh PAS menggali lubang kubur sendiri kerana tindakannya menerima wang dari orang-orang cina Singapura hanya akan menenggelamkan perjuangan Melayu.

Ehsan National Library Board Singapore.
Ehsan National Library Board Singapore.

“PAS tidak nampak segala bahaya dalam perjuangannya, “ kata Tunku.

Melihat respons bersungguh-sungguh Tunku terhadap cabarannya, Asri yang sedang berkempen di Tanjung Karang, Selangor segera meletakkan syarat-syarat untuk bersumpah.

Antara syarat-syaratnya ialah, kedua-dua pihak hendaklah melantik wakil yang akan terlibat membuat deraf sumpah. Kedua-dua pihak juga perlu mendapatkan pandangan ulama mengenai perbuatan bersumpah itu.

Asri kemudiannya mencadangkan Masjid Jamek di Kuala Lumpur sebagai lokasi untuk mereka berdua bersumpah.

Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak turut sama lompat masuk ke kancang pertelingkahan di antara Asri dan Tunku bila menyifatkan Menteri Besar PAS itu sudah mula takut.

Sumpah5

“Kalau Asri benar dan jujur, terus angkat Al Quran dan bersumpah,” tegas Tun Razak.

“Jelaslah sekarang, bukan UMNO yang jual hak Melayu, tetapi PAS,” kata Tun Razak lagi.

Timbalan Perdana Menteri juga mendedahkan bagaimana Asri pernah beberapa kali bertemu dan memohon dari Tunku membantu bayar gaji kakitangan Kerajaan PAS Kelantan.

Menurut Tun Abdul Razak, PAS telah menggadaikan 184 ribu hektar (lebih 450 ekar) tanah Negeri Kelantan kepada syarikat ‘Cina S’pura’ tetapi hasilnya tidak dirasai oleh rakyat. PAS juga hampir menggadaikan 121 ribu hektar (300 ekar) kepada syarikat Kanada, tetapi beliau sendiri menghalangnya.

Pada 6hb Mei, Pemangku Imam Besar Masjid Negara, Haji Mohamad Salleh b. Hassan Farid menjelaskan bahawa sumpah menggunakan Al Quran tidak sah kerana ia tiada di dalam ajaran Islam.

Ehsan National Library Board Singapore.
Ehsan National Library Board Singapore.

“Bila mengangkat sumpah, mestilah atas nama Allah dan bukannya Al Quran,” kata Mohamad Salleh ketika diminta pandangan mengenai cabaran bersumpah dengan Al Quran yang dicetuskan awalnya oleh Pemangku Yang Dipertua PAS.

Asri di dalam kenyataannya pada hari yang sama bagaimanapun tetap bertegas untuk bersumpah dan mendakwa masih menanti jawapan bertulis daripada Tunku Abdul Rahman.

“Saya sedia ke Kuala Lumpur hari Jumaat ini,” kata Asri.

Akhirnya, kedua-dua pihak mencapai persetujuan. Menteri Besar Kelantan yang juga Pemangku Yang Dipertua PAS, yang membuat cabaran bersumpah akan melafazkan sumpah di Masjid Muhammadi Kota Bharu.

Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang menyahut cabaran pula akan melafazkan sumpah di sebuah masjid di Alor Star.

Pada 9hb Mei 1969, kedua-dua tokoh politik negara itu bersumpah serentak pada jam 12.30 tengah hari.

Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia bersumpah dengan disaksikan wakil Asri, Ustaz Abu Bakar b. Omar, Pesuruhjaya PAS Kedah.

Mohamad Asri b. Muda, Menteri Besar Kelantan dan Pemangku Yang Dipertua PAS pula bersumpah dengan disaksikan oleh wakil Tunku, iaitu Timbalan Ketua UMNO Kelantan, Tengku Razaleigh b. Hamzah.

Insiden cabar mencabar dan bersumpah bersumpah ini menjadi kemuncak pertelingkahan di antara pemimpin UMNO dan PAS dalam pilihan raya umum 1969.

Sehari kemudian, pada 10hb Mei 1969, rakyat Malaysia keluar mengundi.

Di Kelantan terdapat 333,754 pengundi berdaftar, dengan 326 buah pusat pembuangan undi. Terdapat 30 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 10 Kerusi Parlimen menjadi rebutan.

Parti PAS kembali memerintah Kelantan setelah menang 18 kerusi Dewan Undangan Negeri. PAS juga menang tujuh kerusi Parlimen.

Melihatkan ketegangan meletus di bandar-bandar besar semenanjung, Asri segera menyeru agar segala perselisihan politik diketepikan,

“Pilihan raya sudah selesai, rakyat hendaklah melupakan pertentangan politik mereka dan bersatu semula sebagai anggota sebuah masyarakat yang berpadu,” seru Asri.

Bagaimanapun, pilihan raya 1969 tidak akan dilupakan dapat lipatan sejarah Malaysia. Keadaan di seluruh negara bertambah tegang. Akhirnya tercetus pertumpahan darah dan rusuhan kaum yang mengakibatkan darurat diisytiharkan dan parlimen di gantung.

Datuk Mohamad Asri b. Muda mengangkat sumpah selaku Menteri Besar Kelantan untuk penggal kedua pada 15hb Mei 1969.

Di dalam ucapan sulungnya, Asri berdoa agar Kelantan bebas dari ketegangan kaum yang melanda Negeri Selangor dan bandar-bandar besar di Semenanjung.

Berikut adalah keputusan Pilihan Raya Umum 1969 bagi Negeri Kelantan.

Keputusan Pilihan Raya Parlimen 1969 Kelantan

BACHOK

Mohd. Zain b. Abdullah (PAS) 13,069
Hj. Ahmad b. Hj. Idris (PERIKATAN) 10.943

KELANTAN HILIR

Nik Abdul Aziz b. Nik Mat (PAS) 13,635
Hj. Mohd. Salleh b. Hj. Ibrahim (PERIKATAN) 8,817

KOTA BHARU HILIR

Tengku Ahmad Rithauddin b. Tengku Ismail (PERIKATAN) 13,069
Wan Hashim b. Hj. Wan Ahmad (PAS) 12,914

PASIR MAS HILIR

Muhammad Fakhrudin bin Hj. Abdullah (PAS) 12,556
Che Hassan b. Hj. Che Ismail (PERIKATAN) 7,336

PASIR MAS HULU

Tengku Zaid b. Tengku Ahmad (PAS) 9,208
Dusuki b. Hj. Ahmad (PERIKATAN) 7,765

PASIR PUTEH

Wan Sulaiman b. Hj. Ibrahim (PAS) 13,294
Abdullah b. Mahmood (PERIKATAN) 13,029

TANAH MERAH

Mohamad b. Ya’acob (PERIKATAN) 14,846
Mustapha b. Ahmad (PAS) 13,849

TUMPAT

Dr. Abdul Aziz b. Omar (PERIKATAN) 12,802
Nik Man b. Nik Mohamed (PAS) 10,475

ULU KELANTAN

Dato’ Nik Ahmed Kamil (PERIKATAN) 15,954
Khaidir B. Khatib (PAS) 12,358

KOTA BHARU HULU

Mohd. Asri b. Hj. Muda (PAS) 15,051
Hj. Ali b. Husin (PERIKATAN) 10,021
Khadijah bt. Mohd. Sidek (BEBAS) 235

Keputusan Pilihan Raya DUN 1969 Kelantan

BACHOK SELATAN

Mohamed b. Hj. Yacob (PAS) 3,669 – Menang
Mohd. Zain b. Abdullah (PERIKATAN) 3,584
Datin Zainun bt. Ismail (BEBAS) 135

KUALA KELANTAN

Wan Mamat b. Wan Yusoff (PAS) 3,108
Tengku Noor Asiah bt. Tengku Ahmed (PERIKATAN) 3,097

BACHOK TENGAH
Mohd. Amin b. Hj. Yaakub (PAS) 4,205
Hj. Mohd. Amin b. Hj. Othman (PERIKATAN) 3,207

BACHOK UTARA

Mohd. Nor b. Yusoff (PAS) 4,660
Ismail b. Hj. Mamat (PERIKATAN) 3,956

BANDAR HILIR

Foo Chow Yong s/o Foo Hong Sang (PERIKATAN) 4,641
Nik Mat b. Nik Din (PERIKATAN) 2,490

BANDAR HULU

Hassan b. Yaacob (PAS) 5,043
Ibrahim b. Ismail (PERIKATAN) 4,834

BANDAR PASIR MAS

Hj. Omar b. Awang (PAS) 3,841
Abdullah b. Hj. Yusoff (PERIKATAN) 3,351

KOTA BHARU BARAT

Ab. Rahman b. Awang Sulong (PAS) 5,294
Abdul Aziz b. Hj. Hamzah (PERIKATAN) 2,575

KOTA BHARU PANTAI

Abdullah b. Hj Arsad (PAS) 4,893
Hj. Mohamed b. Idris (PERIKATAN) 2,831

KOTA BHARU SELATAN

Hj. Ishak Lotfi Bin Omar (PAS) 4,912
Hajah Wan Aminah bt. Mohd. Botok (PERIKATAN) 3,976

KOTA BHARU TENGAH

Mohd. Asri b. Hj. Muda (PAS) 4,917
Hj. Md. Nor b. Hj. Daud (PERIKATAN) 3,308
Dato’ Wan Mustapha b. Haji Ali (BEBAS) 130

KOTA BHARU TIMOR

Wan Hashim b. Hj Wan Ahmad (PAS) 4,573
Saufi b. Idris (PERIKATAN) 3,487

KOTA BHARU UTARA

Abdullah b. Ahmad (PAS) 5,441
Tengku Abdul Kadir b. Tengku Chik (PERIKATAN) 2,699

LEMAL

Hj. Haron b. Hj. Sulong (PAS) 3,378
Mohd. Zain b. Hj. Awang (PERIKATAN) 1,991

MACHANG SELATAN

Ya’acob b. Ismail (PERIKATAN) 5,092
Hj. Mohd Noor b. Hj. Yusoff (PAS) 4,787

MACHANG UTARA

Mohyiddin @ Che Alias b. Alhaji Che Tengah (PERIKATAN) 4,890
Wan Abdullah b. Wan Ahmad (PAS) 4,430

MERANTI

Nik Man b. Nik Mohamed (PAS) 4,556
Mohamed Jantan b. Mohd. Amin (PERIKATAN) 882

PASIR PUTEH TENGAH

Hj. Mohammad b. Ismail (PERIKATAN) 4,272
Wan Sulaiman b. Hj. Ibrahim (PAS) 4,257
Jaafar b. Hj. Mohd. Zain @ Mohamed (BEBAS) 88

PASIR PUTEH TENGGARA

Mohamed b. Idris (PERIKATAN) 4,417
Abdul Rahman b. Mohd. Salleh (PAS) 4,320
Nasir b. Awang (BEBAS) 119

PASIR PUTEH UTARA

Abdul Kadir b. Mat Sa’ad (PAS) 4,310
Zakaria b. Hj. Taib (PERIKATAN) 3,614
Mohd. Husin (BEBAS) 151

RANTAU PANJANG

Husein b. Ahmad (PERIKATAN) 2,914
Mohd. Nawawi b. Ahmad (PAS) 2,095

TANAH MERAH BARAT

Hj. Nik Abdullah b. Nik Daud (PERIKATAN) 4,211
Hj. Zainal Abidin b. Hj. Yahya (PAS) 3,493

TANAH MERAH TIMOR

Che Omar b. Muhammad @ Mamat (PAS) 5,040
Tuan Kechik b. Tuan Salleh (PERIKATAN) 4,972

TENDONG

Hj. Mohamed b. Nasir (PAS) 3,878
Hj. Mohamad Nor b. Hj. Abdullah (PERIKATAN) 3,134

TOK UBAN

Wan Hassan b. Wan Daud (PAS) 3,579
Mat Yusof b. Muhamad (PERIKATAN) 2,635

TUMPAT BARAT

Wan Salleh @ Wan Abdullah b. Hj. W. Sulaiman (PAS) 3,805
Che Abdul Rahman @ Che Derahman b. Che Omar (PERIKATAN) 2,978

TUMPAT TENGAH

Che Lat b. Kassim (PERIKATAN) 5,114
Awang b. Samat (PAS) 2,691

TUMPAT TIMOR

Omar b. Awang Kechik (PERIKATAN) 4,660
Ishak b. Mustapha (PAS) 3,821

ULU KELANTAN TIMOR

Yusoff b. Hj. Mohamed (PERIKATAN) 6,365
Amaluddin b. Darus (PAS) 4,988

ULU KELANTAN BARAT

Tengku Razaleigh b. Tengku Mohd. Hamzah (PERIKATAN) 4,061
Hussin b. Abdullah (PAS) 2,327

Tulisan ini adalah pandangan peribadi pengarang, ia tidak semestinya mewakili pandangan Sokmo.Net. Sebarang pandangan/artikel balas boleh dihantar ke admin@sokmo.net. Terima kasih.