Galeri: Etok

Corbicula fluminea (C. fluminea) juga dikenali sebagai ‘Asian Clam’ adalah hidupan dalam air tawar. Ia dipanggil etak atau etok di Kelantan. Etok salai adalah hidangan popular di kalangan tempatan.

Etak0018Kelantan Food

Satu ketika dahulu, etok merupakan makanan ringan  kegemaran penduduk Kelantan. Ianya dijual dalam bungkusan kertas suratkhabar.

Cara hendak makan etak ialah dengan mengopeknya dengan gigi. Orang dulu-dulu selalu berpesan, kalau hendak mencari pasangan, lihat pada giginya, jika giginya ‘sopeng’ tandanya dia suka makan etok.

Etok juga dibuat masakan gulai lemak.

Etok adalah unik dan benar-benar Kelantan. Anda tidak akan dapat mencarinya dimana-mana melainkan di Kelantan. Sekurang-kurangnya, tidak di tempat lain di Malaysia.