Tiada Setanding Hadi, Jawatan Timbalan Dijangka Sengit

KOTA BHARU – Menjelang muktamar PAS Jun ini, parti itu membayangkan tiada calon layak mencabar jawatan nombor satu yang disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk terus menerajui parti itu pada penggal berikutnya.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, tiada sesiapa di dalam PAS mempunyai keupayaan setanding Abdul Hadi untuk menjawat jawatan presiden pada pemilihan parti itu Jun ini.

“Saya tidak dapat melihat sesiapa di dalam ranking dan fail yang berkebolehan untuk menandingi kualiti kepimpinan Abdul Hadi.

“Dan saya menjangkakan bahawa beliau akan terus menerajui parti ini dalam tempoh lima tahun lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan kempen amal untuk mengutip dana bagi mangsa pasca banjir yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob.

Beliau meramalkan, Abdul Hadi tidak akan dicabar pada pemilihan parti ini sebaliknya menjangkakan jawatan timbalan presiden akan menjadi persaingan sengit.

Pemilihan PAS dijadual berlangsung semasa Muktamar PAS Ke-61 pada Jun ini.