Kelantan Dalam Sejarah: Padang Churchill (choo cho)

Tapak hijau bersebelahan dengan Stadium Sultan Muhammad Ke IV yang hari ini dikenali sebagai Padang Perdana, pada suatu ketika dahulu dikenali dengan nama Padang Churchill atau di sebut ‘choo cho’ oleh penduduk Kota Bharu.

Hari ini ia menempatkan sebuah padang rumput tiruan untuk sukan hoki dan dua buah gelanggang tennis dan sebuah padang bola.

Asalnya, pada tahun 1907, di tapak hijau ini didirikan sebuah penjara atau dikenali dengan nama ‘gok buruk’ oleh penduduk sekitar. Sebahagian daripada penjara ini kemudiannya di robohkan pada tahun 50an. Sebahagian lagi bangunan asal dijadikan Pejabat Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor.

Semenjak itu padang yang luas ini terkenal sebagai pusat riadah dan tempat berlangsungnya acara sukan padang terutama bolasepak dan hoki. Selama dua minggu dalam bulan Mac 1958, ianya di tawan oleh pelajar-pelajar dari Maktab Sultan Ismail dan Sekolah Menengah Zainab yang mogok dengan tindakan Kementerian Pelajaran melengahkan perlaksanaan kelas aliran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah Inggeris. Mereka bergilir-gilir menduduki padang itu yang berdepan dengan pejabat lama Jabatan Pelajaran Kelantan.

Kelantan 310

Pada 30hb Mac 1958, seramai 50 anggota polis pencegah rusuhan telah bertindak menyuraikan mogok yang bertukar ganas dengan menyebat para pelajar itu dengan rotan.

Dari mana datangnya nama Padang Churchill? Apakah ia berasal dari nama bekas Perdana Menteri United Kingdom, Sir Winston Churchill?

20hb Jun 1953: Perdana Mentor United Kingdom, Winston Churchill (1874 - 1965) bersama Sultan Kelantan, Malaysia, di Istana Blenheim, Oxfordshire, (Photo - John Chillingworth/Picture Post/Getty Images)
20hb Jun 1953: Perdana Menteri United Kingdom, Winston Churchill (1874 – 1965) bersama Sultan Kelantan, Malaysia, di Istana Blenheim, Oxfordshire, (Photo – John Chillingworth/Picture Post/Getty Images)

Kajian mendapati pada 20hb Jun 1953, Sultan Kelantan Sultan Ibrahim IV ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV atau Tengku Ibrahim Ibni Long Senik, pernah bertemu Winston Churchill ketika menyertai satu majlis taman di Istana Blenheim di Oxfordshire bagi

Ehsan National Library Board Singapore.
Ehsan National Library Board Singapore.

meraikan upacara pertabalan Queen Elizabeth II. Apakah nama padang itu diberi sempena nama negarawan Inggeris itu?

Kajian menerusi arkib akhbar pula menemui hanya dua keratan akhbar dari The Starits Times pada tahun 1966 yang menyebut nama Padang Churchill.

Sebenarnya, jawapan yang paling tepat ialah, nama padang itu diberi sempena Penasihat British ke Kelantan selepas Perang Dunia Ke Dua sehingga September 1952 yang bernama W.F.N. Churchill.

Churchill 4
Ehsan National Library Board Singapore.
Ehsan National Library Board Singapore.
Ehsan National Library Board Singapore.

Churchill pernah menjadi tahanan perang selama empat tahun dalam peperangan dunia pertama ketika berpangkat Leftenan Muda. Beliau dilaporkan hilang dalam peperangan di Eropah pada 21hb Mac 1918 dan dibebaskan dari tahanan pada 14hb Disember 1918.

Sebelum Perang Dunia Ke Dua, Churchill pernah berkhidmat sebagai pegawai daerah Lipis di Pahang.

W.F.N Churchill mempunyai pertalian persaudaraan (2nd cousin / Kelantan sebut dua pupu) kepada Winston Churchill.

Tulisan ini adalah pandangan peribadi pengarang, ia tidak semestinya mewakili pandangan Sokmo.Net. Sebarang pandangan/artikel balas boleh dihantar ke admin@sokmo.net. Terima kasih.