Kelas Tuisyen Darul Falah

Kelas Tuisyen Darul Falah, ditubuhkan pada tahun 1995 atas usaha Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Ia merupakan kelas tambahan percuma untuk murid-murid sekolah rendah di dalam kawasan parlimen tersebut. Pada tahun 1998 ia mula berpusat di kediaman beliau yang juga dikenali sebagai Darul Falah. Hari ini, Kelas Tuisyen Darul Falah mempunyai empat pusat tuisyen di sekitar kawasan Parlimen Jeli bagi memudahkan murid-murid mengikuti kelas tambahan tersebut. Sejak ditubuhkan sehingga ke hari ini, lebih 6,000 murid sekolah rendah telah mengikuti kelas tambahan percuma ini.