Kelantan Isytihar Cuti Peristiwa Ahad Ini

KOTA BHARU – kerajaan PAS kelantan mengisytiharkan hari pembuangan undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 22 Mac ini sebagai cuti peristiwa.

Berikut kenyataan penuh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berhubung perkara itu yang sekarang ini telah menjadi viral di laman sosial;

KELANTAN ISTIHAR CUTI PERISTIWA AHAD 22.MAC.2015
KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR KELANTAN SEMPENA CUTI HARI MENGUNDI BAGI PRK N06 CHEMPAKA
بسم الله الرحمن الرحيم
Rakyat Kelantan yang menetap di Dun Chempaka, Pengkalan Chepa akan membuat pemilihan calon pada pilihan raya kecil N 06 Chempaka yang akan berlangsung pada hari Ahad 1 Jamadil Akhir 1436 bersamaan 22 Mac 2015.

Harapan saya agar proses pengundian pada hari tersebut berjalan dengan lancar dan aman tanpa ada sebarang unsur memanipulasi undi.

Pihak kerajaan amat simpati dengan kesukaran yang bakal dihadapi oleh rakyat pada hari pembuangan undi kerana hari tersebut adalah hari bekerja di Kelantan. Maka dengan ini saya mengistiharkan bahawa tarikh 22 Mac 2015 sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh Negeri Kelantan Darulnaim.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan pembuangan undi pada hari tersebut.

USTAZ DATO’ HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 27Jamadil Awwal 1436 / 18 Mac 2015