Info: Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015

* Penambahan dan Penambahbaikan dari Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.

* Kesalahan dibawah rang undang-undang ini dibahagikan kepada tiga jenis iaitu

(i) Hudud

Enam kesalahan hudud ialah mencuri, merompak, zina, qazaf (tuduh zina), minum arak atau minuman memabukkan dan keluar Islam. Hukuman ditetapkan dalam al-Quran atau
Sunnah.

(ii) Qisas

Kesalahan menyebabkan kematian atau kecederaan anggota badan. Hukuman ditetapkan dalam al-Quran atau Sunnah.

(iii) Takzir

Kesalahan selain daripada kesalahan hudud dan qisas. Hukuman ditetapkan oleh Badan
Perundangan Negeri dan mengikut budi bicara mahkamah.

* Khusus untuk orang Islam yang mukallaf (cukup umur 18 tahun) dan melakukan kesalahan di Kelantan.

* Semua kesalahan dibuktikan dengan keterangan lisan saksi atau iqrar yang dibuat oleh tertuduh.

* Bilangan saksi sekurang-kurangnya dua orang kecuali zina dan liwat, iaitu tidak
kurang daripada empat orang.

* Saksi adalah lelaki Islam yang akil baligh dan seorang yang adil.

* Dianggap adil apabila menunaikan suruhan agama, menjauhi dosa-dosa besar dan
tidak melakukan dosa kecil secara berterusan.

* Dua mahkamah iaitu Mahkamah Bicara Syariah Khas yang membicarakan kesalahan-kesalahan di bawah enakmen ini dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas untuk mendengar rayuan.

(i) Mahkamah Bicara Syariah Khas terdiri daripada tiga hakim termasuk dua ulama.

(ii) Mahkamah Rayuan Syariah Khas terdiri daripada lima hakim termasuk tiga ulama.

* Antara pindaan daripada Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.

i) Khusus untuk Orang Islam.

ii) Takrif liwat diperkemaskan dengan membuang perkataan ‘selain daripada isterinya’ bagi mengelak salah faham.

iii) Suami yang meliwat isteri dihukum takzir.

iv) Keterangan Qarinah – wanita yang tidak mempunyai suami hamil dan melahirkan
anak tidak dikira sebagai bukti untuk disabitkan kesalahan zina.

v) Penambahan perkataan ‘dan liwat’ selepas perkataan zina dalam fasal yang memperkatakan tentang bilangan saksi. Bilangan saksi untuk kedua-dua kesalahan ini
adalah sama iaitu empat orang.

vi) Peruntukan baharu yang memberikan kuasa kepada Sultan Kelantan atas nasihat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dalam pelaksanaan hukuman.

vii) Pengecualian Hukum Hudud Qazaf

viii) Pengecualian Hukum Hudud Hirabah

ix) Menukar penggunaan Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 1991 kepada yang terkini 2002.

x) Menukar penggunaan perkataan Mahkamah Agung kepada Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Rayuan.

xi) Mengugurkan kesalahan takzir seks luar tabii – lesbian, bersetubuh dengan mayat dan haiwan.