PM Sempurnakan Akad Nikah Anak Perempuannya

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dan wali menikahkan anaknya, Nooryana Najwa dengan pasangannya, Daniyar Kessikbayev (kiri) pada majlis akad nikah di Seri Perdana di sini malam tadi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyempurnakan akad nikah anak perempuannya, Nooryana Najwaa dengan pasangannya Daniyar Kessikbayev di Seri Perdana, malam tadi.

Dengan disaksikan oleh adik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Johari dan Datuk Mohamed Nizam (sebagai saksi nikah), Daniyar menerima akad nikah itu dalam bahasa Melayu dengan sekali lafaz.

Khutbah nikah dibacakan oleh Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dr.Sirajuddin Suhaimi sebelum upacara akad nikah dilangsungkan.

Pasangan pengantin baru,Daniyar Kessikbayev, 27, dan puteri Perdana Menteri, Nooryana Najwa, 27, selamat diijab kabulkan pada majlis akad nikah di Seri Perdana di sini malam tadi
Pasangan pengantin baru,Daniyar Kessikbayev, 27, dan puteri Perdana Menteri, Nooryana Najwa, 27, selamat diijab kabulkan pada majlis akad nikah di Seri Perdana di sini malam tadi

Daniyar membaca lafaz takliq nikah di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Abd Manaf Mat.

Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajjah Haminah berkenan berangkat ke majlis yang bermula kira-kira pukul 9 malam itu.

Turut berangkat Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom, Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.file6jp3h2fi9lepomvx3u2

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta menteri-menteri Kabinet turut hadir memeriahkan majlis.

Majlis tambah berseri dengan kehadiran bonda tercinta Perdana Menteri, Tun Rahah Mohd Noah serta keluarga terdekat kedua-dua pasangan pengantin.Hadir sama isteri Naib Presiden Indonesia, Ibu Mufidah.

Nooryana Najwa, 27, mengenali Daniyar, 27, ketika kedua-duanya menuntut di Amerika Syarikat.

Sementara itu Najib, memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT majlis yang paling bermakna buat keluarganya itu berlangsung dengan lancar.

“Syukur Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Moga Gina (panggilan nama anaknya) dan Daniyar sentiasa bahagia dan dirahmati ALLAH SWT,” tulis Perdana Menteri dalam catatan di Twitternya selepas majlis pernikahan malam tadi.