PRK DUN Chempaka: Sharif Risau Kalau Menang, Gembira Jadi Calon Popular

KOTA BHARU – Calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Sharif Mahmood mencuit hati orang ramai tatkala berseloroh dengan berkata “Saya risau takut menang”.

Beliau diminta mengulas perkembangan gerakan sepanjang tempoh kempennya selama 14 hari yang berakhir semalam dalam meyakinkan pengundi di DUN tersebut.

“Kita telah gunakan peluang berkempen selama 14 hari itu dengan baik dan segala-galanya kita serahkan kepada pengundi untuk menilai atau memilih calon yang akan mewakili mereka,” katanya.

Beliau ditemui semasa mengadakan lawatan di salah sebuah pusat pembuangan undi di sini, hari ini.

Sharif antara empat calon bebas yang menggunakan lambang gajah berdepan pertandingan lima penjuru menentang PAS dalam PRK DUN Chempaka.

Beliau turut menarik perhatian orang ramai apabila enggan menyentuh soal menang atau kalah dalam pertandingan itu sebaliknya dalam guarauan spontan beliau berkata, PRK Dun Chempaka bakal menjadikannya lebih popular.

“Sekurang-kurangnya gelaran popular itu dapat merendahkan majoriti pemilihan calon Pas.

“Saya gembira dengan gelaran calon bebas paling popular itu dan berterima kasih kepada pengundi serta media yang banyak memberi kerjasama dari awal kempen hingga kini,” katanya.