Sedia Tanding Jika Ada Sokongan

KOTA BHARU – Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, beliau sedia bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti itu sekiranya mendapat sokongan penuh daripada PAS bahagian di seluruh negeri.

“Saya tidak mendapat pencalonan untuk jawatan itu, jadi saya tidak boleh beritahu anda sama ada saya mungkin bertanding untuk jawatan tersebut atau tidak.

“Namun, ia masa yang panjang sebelum pemilihan parti pada Jun ini, segalanya boleh berlaku,” katanya.

Menjawab soalan mengenai Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) beliau mengalu-alukan kesediaan parti itu untuk mendaftar sebagai sebuah parti politik.

“Apabila mereka menjadi sebuah parti politik, mereka seharusnya keluar dari PAS kerana mereka adalah sekumpulan individu yang telah ditolak.

“Ahli PASMA adalah seperti anai-anai di dalam parti, yang boleh merosakkan PAS tanpa kita sedari,” katanya.

Presiden PASMA, Datuk Phahrolrazi Zawawi pada Rabu lepas membayangkan pertubuhan itu bakal menjadi sebuah parti politik selepas mendapat sokongan daripada ahli-ahlinya untuk berbuat demikian.

Phahrolrazi berkata, PASMA akan melakukan kajian sebelum mendaftar sebagai parti politik selepas mengambil kira situasi yang tidak stabil melanda pakatan pembangkang sejak kenelakangan ini.