Album Lawatan PM Di Sabah

Album sekitar lawatan Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sabah hari ini bagi meninjau kesan gempa bumi dan menziarah penduduk yang terlibat dengan bencana alam tersebut.najib 1

Ketibaan Perdana Menteri dengan pesawat khas disambut oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan dan anggota-anggota Kabinet di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.najib 6

Perdana Menteri mendengar taklimat mengenai kejadian gempa bumi Jumaat lepas di Ranau, Sabah, dalam tinjauan di Kundasang. Taklimat disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.najib 4

Perdana Menteri meninjau kesan daripada gempa bumi di Sabah Jumaat lepas.IMG-20150609-WA0007

Najib melawat penduduk, mangsa dan waris keluarga mangsa yang terlibat dengan tragedi gempa bumi tersebut.najib 5IMG-20150609-WA0028

Sempena dengan lawatan tersebut Najib turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa yang terkorban.IMG-20150609-WA0024

Wakil Malim Gunung yang terkorban dalam tragedi tersebut menerima sumbangan disampaikan Perdana Menteri.