‘Lagenda’ Lee Chow Meng

Apabila menyebut mengeri perogol bersiri, ramai yang akan mengingati lagenda Mail Kerbau yang terkenal sekitar tahun 80-an dahulu. ‘Kehebatan’ Allhahyarham Mail Kerbau dalam kes-kes rogolnya sering menghiasi muka depan akhbar negara pada ketika itu.

Namun ramai yang tidak mengetahui ada seorang lagi perogol bersiri yang lebih hebat daripada Mail Kerbau. Mendiang Lee Chow Meng yang dipercayai menjadi pemegang ‘rekod’ perogol bersiri yang terhebat di negara ini.

Di antara tahun 1986 -1987 saja, Chow Meng dipercayai merogol 18 orang wanita. Itu kes yang dilaporkan pengadu dan mungkin kes yang tidak dilaporkan lebih banyak daripada itu. Lebih kejam, dia bukan saja mencabul dan merogol – dia juga disyaki membunuh sekurang-kurangnya lima daripada mangsanya.lee

Dengan wajah tampan, perwatakan menarik, ketinggian sehingga 1.82 meter, sering berpakaian kemas, bersikap `gentleman’ serta pandai memujuk, Chow Meng seharusnya boleh hidup mewah sama ada menjadi model, pelakon, mengahwini wanita kaya atau anak orang kaya. Namun, dia menggunakan semua kelebihan tersebut untuk melakukan perbuatan jenayah kejam tanpa sedikit rasa ada berperikemanusiaan.

Semuanya dikatakan berpunca daripada kekecewaannya dalam hubungan dengan teman wanitanya seorang gadis Tiong Hwa yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Namun tidak dapat dipastikan sama ada Chow Meng berasal dari Kota Bharu atau sebaliknya.

Pada tahun 1985, Chow Meng telah jatuh cinta dengan gadis tersebut. Kecantikan gadis itu telah berjaya mencuri hatinya yang ketika itu bekerja di Temerloh, Pahang. Mereka selalu berutus surat dan kadang-kala mereka pergi bercuti bersama dan bertemu di Kuala Lumpur. Akhirnya kekasihnya mempelawa pemuda itu untuk tinggal bersamanya di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Tetapi hubungan mereka tidak kekal lama dek kerana sikap Chow Meng yang suka berpoya-poya di di Thailand. Biarpun telah cuba sedaya upaya untuk memujuk namun kekasihnya tetap meninggalkannya kerana tidak tahan dengan sikapnya itu. Bermula dari detik teresebut, dia dikatakan mula menanam sikap bencinya pada wanita. Chow Meng bertekad untuk menggoda mana-mana wanita yang mempunyai iras kekasihnya untuk membalas dendam. Bukan niat untuk bercinta, tetapi mempergunakan mereka untuk melampiaskan nafsunya sahaja.

Modus operandinya mudah, dia akan cari mangsa wanita di dalam iklan di akhbar-akhbar. Sebab itu antara mangsa Chow Meng adalah penjual bunga, guru tuisyen dan ejen insurans yang selalu meletakkan nombor telefon mereka dalam ruangan tersebut.lee2

Apabila `temu janji’ dibuat, pemuda yang dilahirkan pada 9 Februari 1964 itu akan meminta mangsa bertemunya di tempat awam yang dipersetujui, kebiasaannya di restoran makanan segera. Di situ, dia akan membeli air dan memasukkan sejenis dadah di dalamnya sebelum mencadangkan mereka ke tempat lain sama ada dengan keretanya atau kereta mangsa.

Dadah itu dikatakan bertindak pantas membuatkan mangsa menjadi khayal dan menuruti katanya tetapi tidak menyebabkan mangsa pengsan dengan cepat. Ini membolehkan dia memaksa mangsa menandatangani slip pembelian kad kredit dan memberitahu nombor pin mesin ATM, menyamun wang tunai dan barang kemas selain meratah tubuh mangsa sepuas-puasnya. Untuk mengelakkan daripada perbuatan jenayahnya itu bocor, Chow Meng tidak teragak-agak untuk membunuh mangsanya!

Dia menggunakan pelbagai nama untuk mengelirukan mangsa seperti Alex, Jackson, Khoo, S K Lim dan Tan. Dia turut dikaitkan dengan kes kehilangan lima wanita iaitu Yong Siew Ling, 45; Lim Phaik Lian, 33; Tan Poh Peng, 29; Lim Yee Lengg @ Elane E Leng, 26, dan Jenny Cheng Chen-ni, 23.

Sejak daripada itu dia menjadi buruan polis selama 10 tahun. Pihak polis pernah menawarkan ganjaran hingga RM50,000 (ketika itu) dan mengedarkan lebih 40,000 poster wajahnya kepada orang ramai dalam usaha untuk memburu Chow Meng.

Namun pada 28 0gos 1997, segalanya berakhir apabila dia berjaya ditembak di peha ketika cuba melarikan diri daripada kepungan pihak polis di Ipoh, Perak. Semuanya berpunca apabila dia mengugut untuk menyebarkan gambar bogel mangsa rogolnya. Gadis itu telah membuat laporan polis.

Ketika dibicarakan atas kes bunuh, dia terselamat daripada hukuman gantung sampai mati tetapi terpaksa menjalani hukuman penjara 15 tahun kerana pelbagai kesalahan lain.

Pada 30 Mac 2001, Chow Meng dikejarkan ke Hospital Taiping dan disahkan mati akibat radang paru-paru. Rupanya dia telah dijangkiti kuman HIV.

Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 37 tahun, Chow Meng sempat meminta pihak Jabatan Penjara memasukkan dua buku panduan seks di dalam kerandanya! Permintaan itu dibenarkan Jabatan Penjara. Mayat Chow Meng akhirnya dibakar sebelum abunya ditabur di sebuah perkampungan nelayan di Perak.

Ini memang gila punya orang!