Lelaki Ditemui Mati Tergantung

Seorang lelaki ditemui mati tergantung dalam sebuah rumah di Kampung Pulau Belacan, Panchor Kemumin pagi semalam.

Kejadian tersebut disedari oleh orang awam ketika ternampak keadaan mangsa berusia 25 tahun itu dalam keadaan tergantung.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa berkata, mangsa dipercayai mempunyai masalah peribadi dan keluarga.

“Setakat ini tiada unsur jenayah dalam kes terbabit.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – 11 Nov 2015.