PM Umum Perlantikan Menteri Kabinet Baru

Rombakan Kabinet hari ini menyaksikan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berundur daripada Kabinet dan pelantikan dua Menteri penuh serta empat Timbalan Menteri baru.

Perdana Menteri ketika mengumumkan rombakan Kabinet itu di Perdana Putra, disini, semalam, berkata, Husni meminta untuk berundur atas sebab peribadi.

Manakala, Datuk Johari Ghani dinaikkan pangkat menjadi Menteri Kewangan II.

Bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Noh Omar dilantik sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menggantikan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Bagi jawatan Timbalan Menteri, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan sementara Ahli Parlimen Silam.

Datuk Nasrun Mansur pula sebagai Timbalan Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi bagi menggantikan arwah Tan Sri Noriah Kasnon.

Antara yang turut dilantik sebagai timbalan menteri ialah Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Manakala, Datuk Seri S.K. Devamany pula dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Penyusunan semula Menteri dan Timbalan Menteri: 

  1. Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi   : Datuk Seri Mah Siew Kiong.
  2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri   : Datuk Abdul Rahman Dahlan.
  3. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan   : Tan Sri Noh Omar.
  4. Menteri Kewangan Kedua   : Datuk Johari Ghani.
  5. Timbalan Menteri Kewangan : Datuk Othman Aziz.
  6. Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi  : Datuk Nasrun Mansur.
  7. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  : Datuk Henry Sum Agong.
  8. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri   : Datuk Chua Tee Yong.
  9. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri    : Datuk Seri K Devamany.
  10. Timbalan Menteri Kewangan   : Datuk Lee Chee Leong.

 

– 28 Jun 2016.