Bukan Sahaja Takut, Tapi Berjaya Diperalatkan DAP

Sikap berdiam diri pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang berhubung kenyataan biadab pemimpin DAP yang menghina kematian bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din dipersoal.

Ketua Penerangan Suara Ulama Pondok Kelantan (Suara Pondok), Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff berkata, sikap berdiam diri itu menggambarkan mereka telah menjadi alat DAP dalam usaha memecah belahkan orang Melayu.

“Kenyataan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun itu jelas suatu penghinaan terhadap orang Islam. Tapi kenapa mereka (pemimpin Melayu) dalam DAP hanya membisu.

“Sikam berdiam diri bukan sahaja membuktikan mereka takut tetapi telah berjaya diperalatkan DAP,” katanyua kepada sokmo.net hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Jeff Ooi yang memuat naik kenyataan berbunyi ‘Adios Haron Din. Let there be peace’ menerusi akaun Twitter peribadinya sebaik sahaja berita kematian Haron tersebar.

Mohd. Syamsul berkata, orang Melayu dan Islam sepatutnya bergabung tanpa mengira fahaman politik bagi memastikan kedaulatan agama Islam kekal terbela di negara ini.

“Orang Islam (biarpun berbeza politik) tidak boleh memandang ringan terutamanya dalam isu-isu berkaitan soal agama,” katanya. – 23 September 2016.