Petrol Percuma Dnars, Pengguna Motosikal Serbu Stesyen Minyak Petron Belimbing

Stesen Minyak Petron Belimbing, Tanah Merah di Kelantan bertukar sesak buat seketika setelah diserbu pengguna motosikal berikutan tawaran petrol pecuma.

Tawaran itu dibuat syarikat produk kecantikan dan kesihatan Dnars sempena bulan kelahiran pengasas Dnars, Faziani Rohban dan suami, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, masing-masing pada 10 dan 4 November.

Program tersebut terhad kepada pengguna motosikal 125cc pada setiap Jumaat dan Sabtu sepanjang November ini.

Ahmad Shah Rizal atau lebih dikenali sebagai Rizal berkata, sambutan pengguna amat menggalakkan.

“Walaupun terhad kepada 500 pengguna motosikal 125cc, tetapi ramai ‘serbu’ stesen minyak ini. Lebih 500 orang yang datang untuk mendapatkan minyak percuma.

“Alhamdulillah, program ini mendapat reaksi positif daripada orang ramai yang gembira dan berterima kasih dengan tawaran ini,” katanya.

Menurut Rizal, tawaran minyak percuma itu akan diteruskan pada Sabtu (19 November), dan minggu depan pada Jumaat dan Sabtu, dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari.

Beliau berkata, program terebut (minyak percuma) merupakan sebahagian sumbangan Dnars bagi meringankan beban masyarakat terutama mereka di luar bandar dengan kenaikan harga minyak dan barangan. – 19 November 2016.