Sembilan Orang Asli Ditahan

Seramai sembilan Orang Asli ditangkap dalam operasi meroboh halangan atau sekatan laluan lori balak di Gua Musang hari ini.

Mereka ditahan oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sekatan Simpang Petei dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.

Difahamkan, dalam operasi tersebut, pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah merobohkan sekatan di Simpang Petei yang dibina masyarakat terbabit sebelum ini.

Dalam perkembangan berkaitan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan mengadakan Solidariti Selamatkan Orang Asli mulai malam ini. – 29 November 2016.