FAM Batal Perlawanan Persahabatan Dengan Myanmar

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan membatal dua perlawanan persahabatan melibatkan skuad Bawah 22 (B-22) dengan pasukan B-22 Myanmar Disember ini.

yang dijadual berlangsung di Yangon, Myanmar Disember ini.

FAM, menerusi entri terbaru dalam Twitter skuad kebangsaan Harimau Malaysia, bagaimanapun tidak menyatakan sebab ia dibatalkan.

Perlawanan itu dijadual akan diadakan pada 9 dan 12 Disember di Yangon, Myanmar.

Keputusan tersebut dipercayai bagi memboikot penindasan tentera kerajaan Myanmar terhadap umat Islam Rohingya di utara negara berkenaan. – 1 Disember 2016.