Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat

Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 75 orang pagi ini berbanding 45 orang malam tadi.

Menurut portal http://ebanjir.kelantan.gov.my, seramai 29 mangsa daripada tujuh keluarga di Kampung Tiong, Kota Bharu dipindahkan ke pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong malam tadi.

Mangsa membabitkan sembilan lelaki dewasa, sembilan perempuan dewasa, enam kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan.

Selain itu, 26 mangsa masih ditempatkan di SK Wakaf Raja, Pasir Puteh dan 19 mangsa, masing-masing di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelawat dan SMK Beris Panchor, Bachok.

Sementara itu, menurut portal sama, paras air sungai Kelantan di beberapa tempat kembali ke tahap normal pagi ini. – 4 Disember 2016.