Pemimpin Islam Pembangkang Tidak Sensitif?

Ketika ribuan umat Islam berkumpul dalam Himpunan Solidariti Ummah bagi menunjukkan bantahan terhadap kekejaman terhadap etnik Rohingya, beberapa pemimpin pembangkang Islam negara ini menghadiri persidangan DAP peringkat kebangsaan yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal hari ini.

Antara mereka yang hadir pada persidangan itu ialah, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAN, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan bekas anggota Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim.

Dr. Mahathir ditempatkan di hadapan pentas bersebelahan dengan Kit Siang dan penasihat parti DAP, Dr. Chen Man Hin selain barisan pemimpin DAP dan Pakatan Harapan yang lain.rohingya1

Sementara itu, di Stadium Titiwangsa ribuan umat Islam termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdl Hadi Awang berkongsi pentas bagi membantah kekejaman tersebut.

Seluruh kepimpinan kedua-dua parti menggesa umat Islam bersatu agar dapat membantu etnik Rohingya yang beragama Islam.

himpunan_rohingya2Mereka berhimpun bukan kerana politik, kuasa atau sebagainya tetapi jauh lebih dari itu ialah kerana agama Islam serta kemakmuran sejagat.

“Tidak mungkin orang lemah boleh membantu orang yang juga lemah.

“Jadi apabila kita melihat orang Rohingya ditindas, umat Islam perlu menjadi kuat dan ini tidak boleh dicapai melainkan dengan kesatuan,” kata Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. – 4 Disember 2016.