Banjir Di Kelantan Semakin Pulih

Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan banjir kini mencatat penurunan kepada 67 berbanding 75 orang.

Pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelawat juga telah ditutup petang semalam.

Bagaimanapun tiga pusat pemindahan masih dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong, Kota Bharu; SK Wakaf Raja, Pasir Puteh dan SMK Beris Panchor, Bachok.

Paras air beberapa sungai di negeri itu semakin surut berikutan cuaca baik sejak semalam.

Bagaimanapun, paras air Sungai Golok dan Rantau Panjang masih berada di paras berjaga-jaga ekoran hujan berterusan di kawasan sempadan. – 5 Disember 2016.