Jalan Pasir Puteh – Bachok Ditutup

Jalan Pasir Puteh-Bachok melalui Kampung Jelur, ditutup kepada semua kenderaan mulai petang semalam berikutan mendapan dan runtuhan tanah.

Jurucakap Jabatan Kerja Raya (JKR) memberitahu, Jalan yang diturap semula sejak dua minggu lalu itu kini berlaku mendapan dan ditutup sementara kerja-kerja baikpulih siap dilakukan.

Menurutnya, kejadian itu berpunca daripada kerosakan salur bekalan air lama yang diperbuat daripada logam di bawah laluan jalan berkenaan.

“Orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif melalui Kampung Merkang dan Ladang Merdeka.

“Jalan itu akan dibaiki hari ini dan dijangka boleh digunakan semula esok,” katanya. – 7 Disember 2016.