Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan Kekal

Jumlah mangsa banjir di Kelantan kekal 26 orang sehingga 9 pagi ini.

Hanya sebuah pusat pemindahan dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja, Pasir Puteh.

Bagaimanapun, pusat pemindahan tersebut dijangka akan ditutup hari ini berikutan keadaan banjir semakin pulih. – 6 Disember 2016.