Pusat Pemindahan SK Wakaf Raja Ditutup, 26 Mabgsa Banjir Dibenarkan Pulang ko

Pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Raja, Pasir Puteh akan ditutup sepenuhnya hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah, Mohd. Anis Hussin berkata, sebanyak 26 mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan itu akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Kami menjangkakan kesemua 26 mangsa di pusat pemindahan ini dihantar pulang ke rumah mereka selepas makan tengah hari hari ini atau kira-kira jam dua petang,” katanya semasa dihubungi hari ini.

Mohd. Anis berkata, bagaimanapun operasi dan pemantauan banjir di daerah ini tetap diteruskan dari semasa ke semasa sehingga musim tengkujuh berakhir.

“Fenomena dan situasi banjir masih di peringkat awal dan sukar dijangka.

“Andainya banjir berlaku mangsa terbabit akan dipindahkan semula ke pusat pemindahan dan kita berharap serta berdoa agar tidak mendatangkan musibah yang besar seperti musim lalu,” katanya. – 7 Disember 2016.