Yang di-Pertuan Agong Ke – 15 Tiba Di KLIA Dengan Pesawat Khas

Yang di-Pertuan Agong Ke – 15, Sultan Muhammad V tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.05 pagi ini.

Keberangkatan tiba baginda dengan pesawat khas disambut Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan kerabat diraja Selangor serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Baginda kemudian melalui Kawalan Kehormat Setempat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja terdiri daripada 28 pegawai dan anggota diketuai Kapten Mohd. Hafiz Mohamad Noor.

Baginda seterusnya akan berangkat ke bangunan Parlimen untuk acara sambutan rasmi sebelum menuju ke Istana Negara bagi majlis angkat sumpah dan menandatangani surat pengisytiharan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15.

Istiadat berkenaan akan dihadiri semua Raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri serta jemaah menteri. – 13 Disember 2016.