Sultan Muhammad V Solat Jumaat Di Masjid Negara

Sultan Muhammad V yang baharu melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 Selasa lalu, hari ini berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed serta kira-kira 10,000 jemaah.

Solat diimamkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang turut bertindak sebagai khatib.agongjumaat2

Para jemaah tidak melepaskan peluang bersalam dan merakam gambar baginda sejurus selepas menunaikan solat.

Sultan Muhammad V, 47, menggantikan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada Isnin lalu. – 16 Disember 2016.