SPRM Kelantan Tahan 2 Suspek Tipu Invois RM132,000

Dua individu termasuk seorang pengurus syarikat ditahan berhubung tuntutan palsu yang dibuat kepada satu jabatan kerajaan semalam.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, Datuk Moh Samsudin Yusof berkata, suspek ditahan selepas disyaki berlaku tuntutan palsu membabitkan tujuh dokumen invois berjumlah lebih RM132,000.

Bagaimanapun katanya, kedua-dua suspek dibebaskan petang semalam dengan jaminan RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

“Kesalahan itu boleh dituduh mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 atau Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

“Sabit kesalahan boleh dihukum denda atau penjara atau kedua-duanya sekali”, katanya. – 19 Disember 2016.