Adik TPM Meninggal Dunia

Adik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Dzulfikri Hamidi meninggal dunia kira-kira 11.30 malam tadi.

Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Khairuddin Tarmizi mengesahkan  perkara itu.

“Allahyarham berusia 45 tahun dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

“Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ada menghubungi saya memaklumkan perkara berkenaan,” katanya.

Menurut Khairuddin jenazah Allahyarham akan dikebumikan hari ini selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam  Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh. – 23 Disember 2016.