Amaran Hujan Peringkat Kuning

Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat kuning membabitkan negeri di pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang, bermula hari in (Isnin) hingga Rabu ini.

Menurut portal rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sehingga jam 6 petang semalam, paras air di Sungai Golok, Rantau Panjang melebihi paras bahaya iaitu 8.76 meter (m) (bahaya 8 m).

Sungai Kelantan di Kusial mencatatkan bacaan 12.38 m iaitu melebihi paras berjaga-jaga (12m).

Sungai Galas di Kampung Lembaga, Gua Musang pula mencatatkan bacaan 81.61 m iaitu melebihi paras normal 80 m dan Sungai Lebir di Kuala Koh pula mencatatkan bacaan 62.13 m, juga melebihi paras normal 62 m.

Bacaan paras air Sungai Galas di Limau Kasturi pula mencatatkan bacaan 54.45 m iaitu melebihi paras normal (53 m), dan Sungai Galas di Dabong pula 30.24 m, juga melebihi paras normal 30.24 m.

Manakala Sungai Lebir di Tualang pula mencatatkan 24.74 m melebihi paras normal (23 m), dan Sungai Kelantan di Kuala Krai pula mencatatkan 18.57 m, juga melebihi paras normal (17 m).

Sungai Kelantan di Jenob pula mencatatkan bacaan 20.45 m, melebihi paras normal 19 m dan Sungai Kelantan di Jeti Kastam pula mencatatkan 0.81 m, juga melebihi paras normal 1 m.

Sungai Kelantan di Air Mulih pula mencatatkan bacaan 4.11 m melebihi paras normal 1 m, termasuklah Sungai Golok di Kuala Jambu juga mencatatkan bacaan 1.39 m, melebihi paras normal 0.70 m.

Manakala Sungai Semerak di Pasir Putih pula, 0.37 m air dicatatkan dan ia berada di bawah paras normal (0.40m).

Dalam masa yang sama, Empangan Bukit Kwong juga mencatatkan bacaan 15.86 m di bawah paras normal (16.76 m) termasuklah Sungai Pergau di Air Bol, mencatatkan bacaan 67.53 m, juga berada di bawah paras normal (70 m).

Sehingga jam 6 petang juga, menurut laporan portal banjir kerajaan negeri, tiada sebarang jalan ditutup berikutan limpahan air atau banjir kilat.

Walau bagaimanapun, pengguna dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang musim tengkujuh ini. – 26 Disember 2016.