LTSIP, Kompleks Mahkamah KB Diancam Panggilan Bom

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa dan Kompleks Mahkamah Kota Bharu hari ini dikejutkan dengan panggilan ancaman bom.

Difahamkan, polis menerima panggilan daripada individu tidak dikenali pada pukul 11.40 pagi ini mendakwa lapangan terbang akan diletupkan.

Sehubungan itu, pasukan keselamatan bergegas ke lokasi untuk pemeriksaan lanjut.

Bagaimanapun, jadual penerbangan masih diteruskan sepertiad biasa.

Sementara itu, orang ramai di kompleks Mahkamah Kota Bharu, gempar selepas pihak pengurusan dikatakan menerima panggilan ancaman yang sama pada pukul 12 tengah hari.

Prosiding mahkamah terpaksa ditangguhkan sementara pemeriksaan lanjut dijalankan oleh pihak keselamatan.

Sebelum ini, operasi Mahkamah Syariah Kota Bharu terpaksa dihentikan seketika berikutan menerima ancaman sama pada 29 November lalu. – 28 Disember 2016.