KAFA Kekal Tarik Diri

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengekalkan keputusannya untuk menarik diri daripada Liga Malaysia (Liga M) musim depan berikutan masalah kewangan.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Luar Biasa KAFA hari ini.

Bagaimanapun, persatuan itu diberi peluang sehingga 6 Januari ini untuk mengumpul dana sekurang-kurangnya RM3 juta bagi memastikan The Red Warriors dapat beraksi dalam saiingan musim depan.

Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Affandi Hamzah berkata, keputusan tersebut dibuat sebulat suara oleh ahli gabungan dalam kongres itu.

“Kongres hari ini mengekalkan keputusan yang dibuat oleh Exco KAFA sebelum ini namun ahli-ahli meminta kita supaya terus berusaha mencari dana untuk terus bermain.

“Kita memerlukan dana sekurang-kurangnya dana RM3 juta untuk permulaan, sekiranya kita mendapat tajaan tersebut dan jaminan daripada penaja-penaja lain maka kita akan terus bermain.

“Namun sehingga hari ini kita tidak ada dana sebanyak itu dan kita memohon kepada penaja supaya tampil secepat mungkin sebelum 6 Januari ini,” katanya. – 29 Disember 2016.