Skandal Seks Anina Satu Fitnah Kata Pimpinan PPBM

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mempertahankan ahli jawatankuasa penajanya, Anina Saadudin yang didakwa terlibat dalam skandal seks sebagai tidak benar selain fitnah semata-mata.

Setiausaha Agung PPBM, Datuk Shahruddin Md. Salleh berkata, Anina dipecat sebagai Ketua Serikandi parti itu kerana terbabit dalam skandal seks adalah tidak benar memandangkan majlis pimpinan tertingginya belum lagi menubuhkan sayap berkenaan.

Memetik laporan Sin Chiew Jit Poh, beliau berkata, kedudukan Anina yang sering dirujuk oleh pelbagai pihak sebagai ketua srikandi parti bunga raya itu tidak timbul sama sekali, sebaliknya beliau ketika ini hanya menyelaras aktiviti wanita dalam parti itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman turut yakin Anina bukan dipecat dan beliau masih salah seorang ahli Majlis Tertinggi PPBM.

Syed Saddiq percaya, Anina telah menjadi mangsa fitnah dan beliau bersedia menentang taktik kotor yang dilakukan oleh orang-orang tertentu. – 29 Disember 2016.