Hujan Lebat, Tiga Kawasan Dinaiki Air

Beberapa kawasan di Kuala Krai, Dabong dan Tanah Merah mula dinaiki air berikutan hujan lebat sejak semalam.

Difahamkan pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Balah, Dewan Kesedar dan SK Jeli telah dibuka.

Sementara itu tiga sungai utama di Kelantan dilaporkan berada pada paras berjaga-jaga sehingga pukul 10 pagi ini berikutan hujan lebat yang melanda kawasan hulu Kelantan sejak semalam.

Menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di http://infobanjir.water.gov.my/, Sungai Galas di Dabong berada di paras 34.15 meter berbanding paras berjaga-jaga 32.00 meter.

Selain itu, Sungai Lebir di Tualang pula berada di paras 27.90 meter (paras berjaga-jaga 27 meter) dan Sungai Kelantan di Tangga Krai pula adalah 20.02 meter (paras berjaga-jaga 20 meter). – 31 Disember 2016.