Mangsa Banjir Kelantan Meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,758 daripada 489 keluarga malam ini berbanding 1,376 mangsa daripada 489 keluarga pada petang tadi.

Jumlah pusat pemindahan yang dibuka turut bertambah daripada 10 kepada 19 termasuk terbaharu di Tanah Merah.

Di Jeli, sebanyak 879 mangsa daripada 216 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan yang dibuka manakala Kuala Krai melibatkan 203 keluarga di 11 pusat pemindahan.

Dalam pada itu, Tanah Merah menjadi daerah terbaharu terjejas dengan banjir apabila 229 mangsa daripada 70 keluarga terpaksa dipindahkan di tiga pusat pemindahan. – 31 Disember 2016.