Mayat 2 Remaja Ditemui Di Pantai Tak Bai

Dua remaja yang hilang ketika bermain di Pantai Tok Bali Ahad lalu ditemui mati lemas di Pantai Belawan, Tak Bai, Thailand.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Ab. Rahman Ismail berkata, mayat pertama ditemui pada pukul 9 malam tadi manakala mayat kedua dijumpai pada pukul 10.30 pagi ini.

Dalam kejadian Ahad lalu dua remaja, Ahmad Haziem Anizam, 14, dan rakannya, Amir Azfa Rafar, 13 dilaporkan hilang semasa mandi di pantai berkenaan pada pukul 4.15 petang. – 31 Disember 2016.