Angin Kencang, Laut Bergelora Dijangka Sehingga Hari Ini

Angin kencang timur-timur laut berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak setinggi 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Condore dan Reef North sehingga hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, angin kencang berkelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak setinggi 3.5 meter turut dijangka berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Kuching, Reef South, Layang-Layang dan Palawan.

“Keadaan yang sama mungkin berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak,” kata kenyataan itu.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. – BERNAMA, 2 Januari 2017