Banjir: 28 Sekolah Ditutup Esok

Jumlah sekolah ditutup di Kelantan bertambah kepada 28 pada hari ketiga persekolahan esok berikutan laluan di beberapa daerah masih digenangi air.

Pengarah Pendidikan negeri, Jaafar Ismail berkata, sekolah yang ditutup itu masing-masing 18 di Pasir Mas, enam, di Kuala Krai, lima di Tanah Merah dan satu di Tumpat.

“18 sekolah yang tidak dapat beroperasi di Pasir Mas ialah SK Kg. Baru, SK Rahmat, SK Gual To’ Deh. SK Rantau Panjang, SABK AL-Falah Siram, SK Lubok Stol, SK Sri Rantau Panjang 2, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khay Boon, SK Kok Pauh, SMK Rantau Panjang, SABK Diniah Bongor, SK Sri Rantau Panjang 1 dan SMK Tiang Chandi, SK Gual Tinggi, SK Kedai Tanjong, SK Bakong, SK Gual Sitok dan SMK Gual Periok.

“Sekolah yang tidak dapat beroperasi di Kuala Krai pula ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pemberian, SK Bahagian, SK Ladang Taku, SK Pasir Kelang, SK Kuala Nal dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Saadatul Qura.

“Manakala di Tanah Merah sekolah yang ditutup ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SKM) Ladang Kerilla, SK Ladang Kerilla, SK Sokor, SK Kg. Panjang, SK Tebing Tinggi. Di Tumpat melibatkan SK Pulau Beluru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – 2 Januari 2017.